SAYUR APA YE YANG BOLEH DIMAKAN SEMASA IBU BERPANTANG?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Hai semua. Bertemu lagi kita. Terima kasih ye sudi hadir membaca blog chenolie. Harini chenolie nak share tentang sayur sayuran yg boleh dimakan semasa berpantang. Mungkin ada sesetengah pengamal perubatan yang tidak bersetuju dengan apa yang chenolie sarankan tetapi terpulang lah kepada anda ye kerana setiap manusia itu tidak sama penerimaan badan masing2. Kenyataan ni adalah melalui pengalaman chenolie sendiri sebagai CL dalam menjaga dan menyediakan pemakanan untuk ibu semasa berpantang. Sayur perlu dalam diet ibu untuk memastikan ibu mendapat zat dan serat yg banyak bagi mengelakkan sembelit. Bagaimanapun sekira silap sayuran yg dimakan akan menyebabkan angin dan lebih buruk adalah bentan. Jadi chenolie ingin menyarankan untuk anda mengambil sayuran2 berikut.. SAYUR SAWI Nota kaki: sawi putih tidak digalakkan pada minggu pertama berpantang LOBAK PUTIH LOBAK MERAH Masuk minggu kedua sekiranya badan semakin kuat dan sihat boleh lah ditambah ...