SIAKAP STEAM LEMON

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Bertemu lagi kita. Terima kasih sudi baca perkongsian chenolie. Harini chenolie nak share resepi Ikan Siakap Steam Lemon untuk hidangan semasa berpantang. Juga boleh dimasak bagi mereka yang berdiet. Bahan-bahannya: 2 keping ikan siakap 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 in halia muda hiris 1/2 biji lemon perah airnya dan hiris2 daun ketumbar (opt) garam secukup rasa lada sulah secukup rasa aluminum foil Cara memasaknya Tumbuk bawang merah dan bawang putih. campurkan halia hiris dan gaul sebati. Gaulkan seluruh ikan dengan garam dan lada sulah dan gaul pula dengan bawang dan halia tadi. Ambil aluminium foil. 1 keping ikan setiap bungkusan. Renjiskan air lemon dan tabur hirisan lemon serta daun ketumbar. Perap dulu selama 1 jam dalam petisejuk. Panas kan kukusan dan kukus la ikan tadi hingga masak. Siap. Selamat Mencuba. Lauk ini boleh dimakan dengan nasi panas dan sayur pilihan. Bagi yang berdiet boleh saja makan tanpa nasi. Love Chenol...