IKAN APA YE YANG BOLEH DIMAKAN SEMASA BERPANTANG??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Hi semua, bertemu kita dalam perkongsian kali ini. Terima kasih sudi hadir membaca. Seperti yang semua ketahui tempuh berpantang adalah satu masa yang sangat penting buat ibu-ibu lepas bersalin. Tidak kisah bersalin secara normal atau czer, ibu-ibu yang baru bersalin sangat penting menjaga pemakanan sewaktu berpantang. Ini adalah untuk memastikan luka cepat sembuh dan ibu dapat mengembalikan kesihatan dalaman dengan baik dan cepat. Jangan memandang ringan tentang pemakanan dan penjagaan ibu selepas bersalin ye. Semasa berpantang dalam 2 minggu pertama amat disarankan pengambilan ikan sebagai menu ibu semasa makan tengahari dan makan malam namun begitu perlu diingatkan bukan semua ikan boleh dimakan sewaktu berpantang. Harini chenolie nak share ikan-ikan yang boleh dimakan sewaktu berpantang ye. Cara masakan pada minggu pertama sebaiknya dimasak secara panggang/stim dan dimakan bersama nasi panas. Boleh juga sediakan ikan bilis yg digoreng tanp...